OGOS 2022

Kibaran Jalur Gemilang Melintasi Jambatan Darulhana


KUCHING, 13 Ogos - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Openg tiba di Tebingan Kuching dengan menunggang sendiri motosikal untuk merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibaran Jalur Gemilang 2022 peringkat Negeri Sarawak.

Setelah ketibaan, YAB Abg Jo turut serta bersama hadirin melakukan senaman Zumba sebelum beliau menekan butang Pelancaran Berjalan bersama ratusan pembawa bendera jalur gemilang  melintasi Jambatan Darulhana ke Artirum Dewan Undangan Sarawak untuk ke acara Pelancaran Bulan Kebangsaan.

Dalam ucapan amanat beliau, YAB amat menghargai rakyat Sarawak  memainkan peranan bagi meraikan Hari Kebangsaan dan berdoa semoga Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah agar Malaysia hidup makmur dan aman serta menjadi Negara yang gemilang masa hadapan.

Tambah beliau, Sarawak merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan  diatas pindaan perlembagaan Malaysia dan mengiktiraf Laporan IGC sebagai penghormatan kepada Sarawak selaras dengan keluarga Malaysia.

Diakhir majlis, YAB mengibar jalur gemilang sebagai tanda perlepasan sebanyak 39 buah konvoi kenderaan yang akan jelajah ke seluruh S arawak bermula dari 14 Ogos dan dijangka tamat pada 14 Ogos di Daerah Betong sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sarawak. 

Turut hadir adalah Timbalan Premier Sarawak, YB Dato Sri Prof. Dr Sim Hui Kian, Speaker DUN Sarawak, YB Tan Sri Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Sukan, Pembangunan Keusahawan Sarawak, YB Datuk Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Menteri di Pejabat Premier Sarawak, YB Datuk John Sikie ak Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Dato Sri Mohd Abu Bakar Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Persekutuan, YBhg Dato Amir bin Omar, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Encik Jafaar bin Jantan dan dif-dif kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku